Monday 19 September 2011

Organisasi Etech

peta lokasi KKPS

Anda ingin ke KKPS? Sila rujuk pelan di atas..

Unit Keusahawanan KKPS


Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) ditubuhkan secara rasminya pada April 2010 bagi menyahut cabaran Dasar Pembangunan Keusahawan  di IPT.Selain itu, unit ini juga bertekad untuk melahirkan warga kolej komuniti yang berpengetahuan luas, berdaya maju, berilmu, berkemahiran dan beretika khususnya dalam pembangunan usahawan.
Penubuhan Kelab Keusahawanan kolej ini adalah bertepatan dengan masanya di mana para pelajar yang berkaitan sangat komited dan proaktif di dalam melaksanakan segala aktiviti. Para pelajar bukan hanya didedahkan secara teori tentang ilmu keusahawanan malahan pendekatan secara hands-on berjaya diaplikasikan melalui pelbagai aktiviti seperti penghasilan produk dan jualan

Thursday 21 April 2011

Jualan di Majlis Konvokesyen ke-8 Wilayah Perak 2011

Tanggal 26 - 27 Mac 2011 telah berlangsung Majlis Konvokesyen Wilayah Perak =). Semua Etech kolej dikerahkan untuk mengambil peluang berniaga di tapak konvo. Peluang ini tidak kami lepaskan dan beberapa produk dihasilkan antaranya Chocolate Cake, Marble Cake, Swiss Roll, Carrot Cheese Cake, Assorted Tarts, Colourful Chocs dan Snacks. Ha! mantop betul~tu baru bakeri produk. Tak lupa produk panas dan segar untuk sarapan iaitu Nasi Lemak, Bihun, Nasi Minyak, Sandwich daannnn...BuRgEr.. Tak lupa Air Assam Booi dan Laici.

Alhamdulillah, cuaca cerah dan tenang. Semua  produk berjaya dihabiskan ke titisan terakhir =).




Inilah detik-detik perniagaan yang sangat indah kerana tiba je auntie rossy di tapak dengan membawa Bungkusan Nasi Lemak-pelanggan terus menyerbu dan tidak berhenti (waktu pagi) menyebabkan tak sempat pun nak alas meja sampai sudah..hehe.

Air dah sampai 5 kali bancuh pun still tak cukup. So, kami akan perkemaskan lagi strategi supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan. Hehe..seperti tagline kami..."Kepuasan Pelanggan, Keutamaan Kami". Insya-ALLAH kami akan cuba perbaik.

Thursday 14 April 2011

Satu Permulaan..

EtechKKPS merupakan sebuah unit yang menjalankan program-program pembudayaan keusahawanan di Kolej Komuniti Pasir Salak. Etech secara umumnya di tubuhkan selaras di semua kolej komuniti seluruh Malaysia bermula pada ... Etech berpayung di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti atau ringkasnya PUSKOM. http://www.big-cloud.com/puskom/

EtechKKPS menumpukan pada penghasilan produk bakeri seperti roti, pastri, kek, muffin, pizza dan sebagainya..